Wednesday, October 17, 2012

Pakej Katering Masakan Kampung

Permintaan dari pelanggan-pelanggan Sinar Hijrah Catering yang mahukan menu masakan kampung adalah agak tinggi untuk majlis-majlis keramaian yang kami kendali pada tahun lepas. Dan kami menjangkakan untuk tahun 2012 ini menu masakan kampung ini akan terus popular. Malah untuk bulan pertama tahun baru ini sahaja kami telah menerima lebih dari 30% yang memilih menu masakan kampung sebagai menu utama.
Katering masakah kampung ini sangat sesuai untuk pelbagai majlis termasuk untuk majlis perkahwinan, jamuan makan tengahari, majlis cukur jambul, akikah dan lain-lain. Antara sajian pakej katering masakan kampung yang popular dan selalu ditempah oleh pelanggan-pelanggan Sinar Hijrah Catering adalah seperti daging masak lemak, daging gulai kawah, asam pedas, ulam-ulaman dan pelbagai lagi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan menu yang lain dari apa yang kami tawarkan, sila hubungi kami. Kami bersedia untuk menyajikan dan merealisasikan keperluan katering anda, tidak kira samada untuk katering kahwin besar-besaran atau katering makan tengahari kecil-kecilan di pejabat dan rumah. Mungkin juga boleh mencuba katering masakan kampung istimewa dari Sinar Hijrah Catering Service. Kerana di Sinar Hijrah Catering, we CARE, we SERVE for you to TASTE.