Permintaan dari pelanggan-pelanggan Sinar Hijrah Catering yang mahukan menu masakan kampung
adalah agak tinggi untuk majlis-majlis keramaian yang kami kendali pada
tahun lepas. Dan kami menjangkakan untuk tahun 2012 ini menu masakan
kampung ini akan terus popular. Malah untuk bulan pertama tahun baru ini
sahaja kami telah menerima lebih dari 30% yang memilih menu masakan
kampung sebagai menu utama.
Katering masakah kampung
ini sangat sesuai untuk pelbagai majlis termasuk untuk majlis
perkahwinan, jamuan makan tengahari, majlis cukur jambul, akikah dan
lain-lain. Antara sajian pakej katering
masakan kampung yang popular dan selalu ditempah oleh
pelanggan-pelanggan Sinar Hijrah Catering adalah seperti daging masak lemak,
daging gulai kawah, asam pedas, ulam-ulaman dan pelbagai lagi.
Sekiranya anda ingin mendapatkan menu yang lain dari apa yang kami
tawarkan, sila hubungi kami. Kami bersedia untuk menyajikan dan
merealisasikan keperluan katering anda, tidak kira samada untuk katering
kahwin besar-besaran atau katering makan tengahari kecil-kecilan di
pejabat dan rumah. Mungkin juga boleh mencuba katering masakan kampung istimewa dari Sinar Hijrah Catering Service. Kerana di Sinar Hijrah Catering, we CARE, we SERVE for you to TASTE.
No comments:
Post a Comment